#sehati sejiwa
Thursday, 27 August 2015
Tuesday, 25 August 2015
Monday, 24 August 2015
TARIKH TARIKH PENTING
27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah
mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC
(ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan
raya tersebut.
1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6
wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.
18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu di London.
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31
Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di
Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka
21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah
dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan
komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di
hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan
Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.
31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium
Merdeka, Kuala Lumpur.
Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan
serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman
di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini
telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia.
Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin
keamanan dan kesejahteraan Malaysia.
SEJARAH KEMERDEKAAN
TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh
bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun
kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak
membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan
kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya.
Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan
perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta
kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang
sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah
semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir
luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang
kaum di Malaysia.
Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia
adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan
negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari
sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh
anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat.
|
Tuesday, 18 August 2015
#LAGU TEMA
Malaysia Sehati SejiwaDemi... tanah yang bertuah
Taman... cinta merdeka..
Kasih... di hatiku ini
Untukmu... tanah pertiwi...
Dari... utara selatan
Juga... timur ke barat
Turut gagah... Sabah Serawak
Sehati Sejiwa
Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa
Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya.
Chorus
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu
Sehati sejiwa
Malaysia Kekal Sejahtera...
Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati SejiwaLagu: Muhammad Yuri EdrisLirik: Siso Kopratasa & Yuri EdrisPenyanyi: Alif Satar/choir Gemersik ChorusPenyanyi Latar: Gemersik Chorus
Subscribe to:
Posts (Atom)